Wednesday, September 30, 2009

HEBAT.

Tumpuan adalah sesuatu yang sentiasa ada pada Stan Munro selepas menghabiskan masa enam tahun membina model mercu tanda terkenal dunia dengan menggunakan enam juta lidi pencungkil gigi.sangat mengkagumkan orang yang mencipta nie.



p/s: lepas nie aq nak mintak die buatkan model muka aq plak..haha

Ganjaran besar puasa 6

BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka.

Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu 'puasa enam'. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.


Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.

Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. "Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh." (Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.

Penegasan Nabi s.a.w itu menunjukkan puasa enam amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib. Baginda menggalakkan umatnya rajin beribadat, iaitu ibadat fardu disusuli amalan sunat.

Ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.

Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.

Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.

Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.

Imam As-Syafi'i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `seyang tiap amalan dengan niatnya' bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.'

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.

Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.

Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.

"Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih)."

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.

Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar' terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.

Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.


p/s : aq puasa ganti sekali denga puasa enam.

wah...

dah 4 hari aq xupdate blog..nasib baik kawan aq bagitau kalau tak aq pun lupa.
hahahhahah..actually , tak ada benda pun yang boleh aq write sebab aq dah kering idea.
cuma aq boleh bagitau aq tak buat apa-apa pun kt office.
hehe . sekarang ni genap 4 hari aq puasa 6.
tinggal lagi 2 hari aje nak habis.harap-harap aq berjaya habiskan.

Monday, September 28, 2009

mondayyyyyy

hari nie da mule bekerja seperti biasa..
mcm biasa keje aq on9.tido.mkn
dorg xkesa sbb aq bkn dpt gaji pn sbb aq kn praktikal aje..
so suke ati aq na wape pn kn..hahaha
tp 2 yg membuatkan aq bosan dengan bekerja mcm nie..
so nak xnk terpakse la walaupun aq xnkkkkkkkkkkkk....

is not good okie...

sudah tiba masanya dah habis bercuti raya
musilim dan muslimat kembali bekerja tempat sama.
menyembahkn diri kerana redha.
tahap kebosanan ku melanda semulaaaa......

p/s: versi lagu raya (nyanyikan dengan penuh perasaan anda okie)


Sunday, September 20, 2009

HARI RAYA PERTAMA..

rancangan first aq :
nak duit raya banyak-banyak
tapi dapat RM40 (alhamdulillah la dari xde langsung kn)
bersalaman satu family aq (bermaaf-maafan)
ambil gamba family.

rancangan second aq:
pagi dah melawat kubur opah kesayangan aq kt ulu tiram petang tadi.
dah cantik kubur opah aq.
lepas tu pergi rumah cousin aq kt ulu tiram.
tetbe terjmpe ex-couple aq kt sane..
die dah laen da. aq gn die xckp ape2 pn.sbb aq wt bodo aje.

rancangan third aq:
plan family aq nak balik raye hari nie tapi...
xmenjadi sebab kete aq bru masuk bengkel ptg td ade masalah.
sedih tu entah la..
tp aq xkesah kalau beraye kt uma aq taun nie..


p/s: wei geng jemput r datang uma aq raye...

Saturday, September 19, 2009

PENAT = tired


tugasan di lakukan hari ini :
1) kemas rumah mcm nak pindah rumah

2) masak mcm nak makan seminggu

3) buat rendang satu aje xbanyak pn.

4)ketupat segera aje xbuat sendiri (malas la)

5) iron baju raye semangat mcm nak p naik haji.

6) melayan karenah anak saudara aq yang comel.

7) buat kueh raya untuk aq sorang mkn aje (korang xyah)

8) picture di atas tu hanya gimik saje na tunjuk spec baru aq...

9) posing amek pic pn mmg meletihkan

10) ini memang meletihkan.. haha =D

budak biol sekoq..


tadi kau ada komen yang aq ptot mintak maaf dengan kau.
tp aq rase sedikit perlu kot ?
hahaha
sebab 1) kau selalu belanje aq? (eh , bile aa?)
sebab 2) kau memang kaki pengkritik (entah la aq xpasti)
sebab 3) kau memang cerewet (kecoh nak diet aje)
sebab 4) kalau hangout kau la paling down (actually kau paling obses sebenarnyer)
jumlah 5) kau memang baik tapi aq tetap akan mintak maaf dengan kau sebab kadang-kadang aq terkutuk ko depan2 walaupun kau nampak mcm xkesah (aq tau ko terase..sory la aq bkn sengaja)

diharap perhubungan persahabatan ini kekal hingga akhirat..
p/s : sara selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir jew batin x yep.

Thursday, September 17, 2009

NEW***spec.


what i'm looking ?
it is weird ?
be honestly okie.
dun lying me.

RAYA Oh . RAya

PESANAN BUAT SAHABAT :
1) minta maaf banyak-banyak kalau ada salah dan silap harap dimaafkan
2)kalau ada duit raya lebih kirim-kirim la kt aq sikit ea...
3)berhari raya dengan insan tersayang dengan baik.
4)bermaaf-maafan sesama muslim adalah perkara yang mulia.semoga ALLAH rahmati.
5)berhati-hati di jalan raya ingat lah orang tersayang

for all muslim out there :
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

SOMETIMES . . .


latest picture with him.
.miss u.

sometime i need u ,
sometime i need hug u ,
sometime i need more with u ,
because i truly miss and love u dear .

actually ,
tadi pukul 11.30 mlm aq yang hantar die na blek klang.
tahun nie die raye klang.aq raye penang (insyaallah)
tp xpela lps raye nie die musti kne jmpe aq kt jay be.
semoge b berada dlm keadaan selamat dan sampai dengan selamat.

Dr jauh bby na Minta Maaf Kt b Dr Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki ,
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI ,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Friday, September 11, 2009

BUDUS tol.


WArggHhhh !!!! sakit !!!
hari nie aq letih btl la..
dr smlm...
da la sakit lak 2..smlm aq sakit kepale.arinie jatuh longkang plak..
mcm2 hal...
mcm na nanges aq...ade je dugaan aq bulan2 ramadhan nie...
nie sume gara-gara na laju je jln na p amek bubur FREE!!..
arghhh !!!!!
aq drive kete blek keje pn mcm org xbtl..tahan aje sakit kaki nie..
sedey aq...wuuu~~
-.-

p/s: lps nie jgn harap aq na p jln kaki lg kt belakang office aq..cm sumpahan...

Sunday, September 6, 2009

dunkin' donut dear !


eh , korg na ker?
lau na kt jusco terbau nga ade promosi 1 beg ade 20biji donut korg pilih ikot suke.
cume 10hengget aje.
hahahahhah ;D

ouh GIORDANO .



AKHIRNYA...
aq dpt beli gak baju nie.
bf aq yg pilihkan actlly.
walaupn simple aq suke sbb die ade ciri-ciri yang tertentu yg semestinya menjadi pilihan ramai.
kain cotton yg baek.cutting cantek.penyerapan yg baek dan sbgnya..
walau pn mhal.aq rase berbaloi.
heheheh ;D


SHOPAHOLIC .

lets know it..
today aq shopping 4 raye gn bf aq..
hehehe
mmg best . duet pn byk abes arinie..total aq abes arinie RM600 hanye arinie..
hahahha pcye xpcye la kn..tp 2 la kenyataan..
arinie aq g angsana.jusco terbau city and larkin.
hahahahhahahahaha =D

p/s : waaaaaaaaaaaa !!!!!!! ibu duet org abes..... org da xde duet =(...

Tuesday, September 1, 2009

YeeeHaaa !!!


bhahaha .
seronoknyer semlm aq dpt mkn chicken chop sampai xabes aq mkn
mcm na terkoyak perot aq..
huhuhu =)
tp aq tetap puas ati.
1 berite lg. aq na wt spec mate
wane purple..
korg tunggu news spec aq ea..
wawawawawa
lau cantek komen2 la ea..
cheers =p